Nikmatnya Kesihatan
Assalamualaikum w.b.t
Selamat Menjenguk ke Laman Saya
Jumaat, 15 Julai 2011
Khamis, 23 Jun 2011
Pendidikan: Manfaat Berjalan Kaki
Berjalan kaki adalah salah satu senaman yang murah dan mudah dilakukan. Namun seringkali kita enggan untuk melakukannya. Selain baik untuk membakar kalori, banyak juga manfaat lain dari senaman ini. Berikut ini adalah beberapa manfaat dari berjalan kaki jika kita lakukan sebagai rutin.
Berat Badan Ideal
Apabila kita membiasakan berjalan kaki secara rutin, sejumlah kalori dalam tubuh kita akan dibakar. Kelajuan metabolisme tubuh meningkat selama kita melakukan aktiviti berjalan kaki. Tidak sekadar menurunkan berat badan, tapi kita juga akan mampu memperolehi berat badan ideal untuk yang stabil jika dilakukan secara rutin dalam jangka waktu lama.
Menyihatkan Jantung
Dengan berjalan kaki secara teratur dapat mengurangkan risiko serangan penyakit jantung. Karena pada asasnya otot jantung memerlukan aliran darah yang cukup laju dan lancar. Dengan berjalan kaki dalam jangka waktu yang cukup membuatkan jantung bekerja dengan lebih efisien. Sebaiknya aktiviti berjalan kaki ini dilakukan selama setengah jam (30 minit) setiap hari bagi menampung pengaliran darah yang terbaik kepada jantung kita.
Mencegah Osteoporosis
Berjalan kaki sebenarnya bukan sekadar otot-otot tubuh yang menjadi kuat tetapi juga tulang. Dengan berjalan kaki selama 30 minit akan dapat mencegah risiko reput tulang atau osteoporosis. Semasa berjalan kaki, tubuh kita terkena sinaran matahari pagi yang mana sangat baik untuk metabolisme kalsium. Jadi tidak hanya mengkonsumsi vitamin D saja untuk mencegah terjadinya osteoporosis.
Mengurangi Stress
Berjalan kaki pada waktu pagi juga cukup efektif untuk mengurangkan tekanan. Dengan berjalan kaki, tubuh akan menghasilkan hormon endorphin yang boleh membuat fikiran menjadi lebih tenang. Malahan juga aktiviti berjalan kaki dapat menggantikan ubat anti-stress.
Tips berjalan kaki:
- Carilah tempat yang tenang, sejuk dan nyaman untuk berjalan kaki. Hindari tempat yang banyak pencemaran seperti ditepi jalan raya.
- Lakukanlah pada wakti pagi kerana udara masih segar dan sejuk. Hiruplah udara segar dan bayangkan tubuh yang tegang menjadi rileks semasa anda menghembuskan nafas.
- Berehatlah jika anda merasa kepenatan. Sekurang-kurangnya setiap 15 menit.

Langgan:
Catatan (Atom)